Menyumbang ke arah Kebaikan - Teladan dari Kisah Saidina Uthman r.a.

  • Seorang mukmin akan sentiasa berusaha. Tanpa penat dan lelah. Tanpa mengira. Kerana antara adab orang yang beramal soleh adalah untuk tidak berkira dengan Tuhan, tatkala melaksanakan kebaikan.

     

     

  • Maka fikirkanlah, apakah sumbangan yang mampu kita lakukan. Sama ada dengan menyumbang harta benda, tenaga seperti kerja-kerja sukarela bagi mempermudahkan kesulitan orang lain, mahupun kata kata yang baik.

     

     

  • Kita diajar agama ini untuk bersikap pro-aktif dan melaksanakan usaha demi kemaslahatan umum. Untuk mengambil langkah permulaan dan mengorak langkah terlebih dahulu. Dari itu, mereka yang memulakan langkah, serta terlebih dahulu melaksanakan suatu amalan kebaikan, telah dijanjikan ganjaran yang luar biasa.