Menghayati Nama Tuhan Al-Wahhab

  • Allah adalah Tuhan yang sentiasa sedia memberi. Dialah Tuhan yang mencurahkan rahmat, kemaafan serta nikmat-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Tidak ada yang dapat menghalang apa yang Allah berikan. Malah Dia terus memberi nikmat-Nya meskipun kadangkala kita melakukan kesalahan, berdosa, lalai dan leka dalam melaksanakan tuntutan-Nya.

     

     

  • Meskipun ada kalanya kita rasa tidak layak untuk mendapat nikmat Allah kerana dosa-dosa yang kita lakukan. Namun Allah (s.w.t.) tidak pernah putus dan sentiasa memberi. Allah terus memberikan kepada kita nikmat-Nya yang banyak. 

     

     

  • Nikmat yang Allah (s.w.t.) kurniakan kepada kita seharusnya menambahkan lagi rasa syukur dalam diri kita. Syukur kerana Tuhan sentiasa memelihara kita. Syukur kerana Tuhan tidak akan pernah biarkan kita bersendirian dalam kesusahan. Ingatlah janji Tuhan apabila kita bersyukur, Dia pasti akan tambahkan lagi pemberian dan rahmat-Nya.