Kesederhanaan dalam Berbelanja

Bersederhana dalam berbelanja bermanfaat sekiranya dilihat dari dua sudut yang berbeza:

Pertama, ia membantu kita menjauhi sifat tamak dan berlebih-lebihan. Bersederhana dalam menikmati anugerah Allah akan meningkatkan rasa kesyukuran kita kepada-Nya, dan seterusnya membawa kepada ketenangan hati dan jiwa.

Kedua, kesederhanaan juga membantu penjagaan kesihatan fizikal dan mental kita. Islam menekankan pentingnya kemahiran dalam menguruskan kewangan. Ini termasuk menghindari pembaziran dan desakan berhutang, sesuai dengan doa Rasulullah s.a.w. dalam sepotong hadis riwayat Imam Abu Daud yang bermaksud: “Aku berlindung kepada-Mu dari bebanan hutang dan penindasan manusia.