Perancangan harta: Menjamin Kesejahteraan Keluarga

  • Jika kita lihat kepada sirah Rasulullah (s.a.w.), kita akan dapati bahawa Rasulullah (s.a.w.) adalah seorang yang sentiasa merancang sebelum melakukan sesuatu perkara dalam kehidupannya. 

     

  • Setiap di antara kita mempunyai keadaan serta kedudukan kewangan yang berbeza-beza. Keperluan sebuah keluarga tidak akan pernah sama dengan yang lain. Oleh itu, di sini letaknya kepentingan sikap bijak dalam membezakan antara perkara yang diketegorikan sebagai ‘keperluan’ dan juga ‘kemahuan atau kehendak’. 

     

  • Ini kerana apabila kita gagal menentukan keutamaan kita, ianya dapat mengakibatkan pembaziran dan kerugian yang besar  baik dari segi kebendaan, kewangan, tenaga dan bermacam lagi. Oleh itu, seharusnya kita mendahulukan keperluan-keperluan utama, seperti memberikan pendidikan setinggi mungkin kepada anak, perbelanjaan dan bil rumah, nafkah anak dan sebagainya.