Kesyukuran dan Kesabaran

  • Masjid yang dahulunya kosong sekarang dapat diisi semula. Ini adalah berkat kesabaran, doa serta sikap tanggungjawab bersama.

     

     

  • Semoga kesyukuran kita di atas segala nikmat, yang kecil mahupun besar, yang zahir mahupun batin, yang individu mahupun bagi seluruh masyarakat, membawa ketenangan dalam jiwa tatkala ramai yang lain pula dilanda kerisauan tentang kesihatan, pekerjaan dan kewangan.

     

     

  • Ingatlah, agama ini adalah mudah dan Allah s.w.t. bersifat Maha Pemurah dan sentiasa menabur rahmahNya. Agama tidak membebankan kita dengan sesuatu yang tidak termampu kita laksanakan.