Kesucian Hati Seorang Mukmin

  • Pastinya setiap di antara kita mendambakan kejayaan di dunia dan akhirat. Kita menginginkan kehidupan yang tenang dan bahagia bersama keluarga. Setiap individu mengharapkan kurniaan rezeki yang diberkati Tuhan. Bahkan bukan sahaja kehidupan di dunia, akan tetapi kita juga mendambakan kejayaan kehidupan di akhirat kelak.

     

     

  • Sebagai langkah pendahuluan, kesucian hati ini sebenarnya berhubungkait dengan kesucian lisan. Kerana apa yang seseorang ungkapkan ataupun tulis, ia sebenarnya mencerminkan apa yang terkandung di dalam hati.

     

     

  • Peningkatan diri itu penting saudaraku. Kerana setiap di antara kita ada kekurangan masing-masing. Dan kadangkala sebahagian kekurangan itu dapat disaksikan insan lain yang berada disekeliling kita. Kerana kita sendiri tidak menyedari akan

    kekurangan tersebut.