Pengharapan Seorang Mukmin Kepada Tuhan

  • Imam al-Ghazali dalam kitabnya menjelaskan bahawa pengharapan merupakan suatu bentuk pergantungan kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan kebaikan dan berusaha sedaya upaya untuk memperolehinya. Pengharapan yang sebenar adalah apabila kita berusaha untuk memberikan yang terbaik serta mengekalkan keimanan.

     

     

  • Disebalik pengharapan kita itu, amalan kita juga perlu sentiasa dipertingkatkan. Tambahan dari itu, kita perlu terus memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

     

     

  • Kehidupan ini sentiasa berubah-ubah saudara. Dan kadangkala ia memerlukan kepada beberapa penyesuaian bahkan mungkin juga perubahan. Maka mereka yang kekal beriman dan meletakkan harapannya kepada Allah s.w.t., pastinya dapat menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan tanpa terabainya peranan dan tanggungjawabnya.