Sifat Mahmudah Ithar

  • Begitulah kehidupan seorang insan. Beliau akan sentiasa berusaha untuk menjaga hubungannya dengan Allah s.w.t. semasa senang dan susah. Beliau turut menghargai dan mengasihani orang di sekelilingnya.

     

     

  • Kasih sayang kita kepada manusia merupakan sebahagian dari usaha kita dalam mencapai kasih sayang Allah. Apabila kita membantu dan memberi sokongan serta mengutamakan keperluan saudara kita dari diri kita sendiri, kita sebenarnya juga mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

     

     

  • Agama kita sangat menganjurkan kita untuk menjaga anak-anak yang memerlukan perlindungan. Inilah peluang untuk kita menghulurkan bantuan dan sokongan kepada anak-anak ini agar mereka juga dapat merasakan kehidupan dalam sebuah keluarga yang sempurna.