Mengharapkan Hidayah Daripada Tuhan

  • Tiada ibadah yang lebih mudah yang dapat kita lakukan untuk mendekatkan diri kita dengan sang pencipta, daripada berdoa. Bahkan, Nabi (s.a.w.) pernah bersabda bahawa tiada perkara

    yang lebih mulia daripada berdoa kepada Allah (s.w.t.).

     

     

  • Melalui berdoa, ia menzahirkan penghambaan kita kepada Allah. Sebagai hamba, kita merintih dan mengadu kepada-Nya memohon pertolongan dan hidayah. Doa menjadi sumber bimbingan dan memberi kekuatan rohani. Ia menyuntik semangat pada diri insan, bagi mengharungi suka dan duka kehidupan.

     

     

  • Namun saudaraku, tambahan daripada berdoa memohon hidayah, Allah turut menuntut agar setiap individu untuk berusaha mencari petunjuk-Nya. Sekiranya yang kita dambakan adalah ilmu pengetahuan, maka seharusnya terdapat usaha untuk menuntut ilmu.