Mengenali Nama Tuhan Al-Latif

  • Kesempatan demi kesempatan diberikan, dengan nikmat yang diteruskan, supaya manusia yang lupa dan leka ini mahu beringat dan perbaiki diri, kerana Allah s.w.t. mahu kita kembali kepada-Nya. Tidak semua kejahatan dibalas dengan siksaan yang datang dengan tiba-tiba, sepertimana rezeki tidak pernah dihentikan serta-merta sebagai balasan kejahatan yang dilakukan si hamba.

     

     

  • Begitu lembutnya Allah, al-Latif. Lembut dalam kurniaan- Nya. Lembut dalam sentuhan kasih-Nya. Lembut dalam layanan-Nya. Lembut dalam kemaafan-Nya.

     

     

  • Oleh itu, saudara, jadikanlah keyakinan kita terhadap sifat kelembutan Allah al-Latif ini sebagai pegangan hidup kita. Allah Yang Maha Lembut senantiasa ingin melindungi kita dari bencana dan bahaya. Namun Allah s.w.t. menuntut kita untuk turut berusaha menjadi hamba-hamba-Nya yang kaya dengan kelembutan juga, terutama terhadap mereka yang di bawah naungan kasih sayang kita.