Islam dan Kesejahteraan Awam

Perkataan ‘Islam’ berasal daripada kata dasar ‘Salam’ iaitu bererti sejahtera.

Rasulullah s.a.w. mengetahui keutamaan prinsip keamanan dalam mengurus kehidupan masyarakat. Baginda berpesan kepada masyarakat Islam agar menyebarkan salam bagi memelihara keamanan, meleraikan perselisihan, dan memakmurkan kehidupan.

Rasulullah s.a.w. berjaya mendidik dan memperbaiki keadaan umat Islam, daripada sebuah masyarakat yang tertindas, menjadi masyarakat contoh yang berkeyakinan dan memperjuangkan keamanan.