Mengimbangi Komitmen Kerja dan Keluarga

Usaha untuk mencari keseimbangan ini merupakan satu perjuangan yang berterusan. Namun, dengan ikhtiar untuk mengurus masa dengan baik, serta meletakkan Allah s.w.t. sebagai keutamaan dalam kehidupan kita, usia dan masa kita akan diberkati, dan segala kesulitan akan dipermudahkan oleh-Nya.

Kami kongsikan beberapa cadangan untuk membantu kita mengimbangi komitmen antara kerja dan keluarga, sebagai usaha mentaati Allah s.w.t.:

Yang pertama: Jangan pernah lupa untuk terus berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Kedua: Pastikan kita terselamat dari keletihan yang ketara (burnout). Peruntukkan sedikit masa untuk berehat agar dapat mengisi semula tenaga dan memproses emosi yang sedang kita lalui.
Ketiga: Cari atau bina sistem sokongan (support system) yang boleh membantu kita, terutama apabila melalui masa sukar. Keluarga terdekat dan rakan-rakan yang dipercayai adalah sistem sokongan penting dalam kehidupan kita.