Menghidupkan Kembali Nilai Murni

  • Agama kita menitikberatkan kebaikan. Sama ada kebaikan ini berasal dari panduan agama, juga dari adat dan budaya yang kita warisi. Selagi mana ia baik dan tidak bercanggah dengan syariat serta pegangan Islam, maka ia dianggap baik dan diterima agama.

     

  • Setiap kali menjelang Aidilfitri, sudah menjadi kebiasaan kita untuk melafazkan kata-kata memohon kemaafan. Kita akan pergi berkunjung ke rumah anak saudara. Yang tua dihormati dengan menziarahi rumah mereka terdahulu. Dan yang muda disayangi dengan diberikan hadiah tanda kegembiraan.
  •  Daripada adat dan kebiasaan ini, kita boleh menilai bahawa ia sebenarnya selari dengan ajaran agama. Dari itu ia tidak dilarang agama. Bahkan agama mendorong kita untuk menghidupkan adat dan budaya tersebut.