Mencontohi Nabi s.a.w. : Dorongan Mencari Ilmu

  • Nabi Muhammad s.a.w. merupakan utusan Allah s.w.t., pembawa rahmah buat sekalian alam. Maka seharusnya setiap individu mukmin berusaha untuk mencontohi Nabi s.a.w. pada segenap aspek kehidupannya. Ia dapat kita perolehi melalui penghayatan sirah perjalanan hidupnya. Juga dengan mempelajari pengajaran yang terkandung di sebalik hadis- hadisnya. Segalanya merupakan panduan buat kita.

     

     

  • Kepentingan panduan kenabian ini, untuk sentiasa menuntut ilmu, menjadi lebih relevan lagi, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Sebahagian daripada kita mungkin terpaksa membuat penyesuaian tertentu. Penyesuaian pada perbelanjaan, pada perancangan juga pada prioriti serta kepentingan yang perlu diberikan perhatian.

     

     

  • Keadaan ini, tambahan daripada merupakan peluang untuk kita meningkatkan keimanan dan keyakinan kepada Tuhan, ia juga mengajar kita untuk sentiasa bersedia untuk membuat penyesuaian. Kerana cabaran kehidupan akan berterusan. Dan mereka yang beriman kepada Tuhan akan sentiasa berusaha untuk mencari jalan keluar.