Rasa Syukur kepada Allah s.w.t.

  • Kita menzahirkan syukur kita kepada Allah dengan zikir-zikir dan doa-doa harian. Sebutkan Alhamdulillah dalam semua hal. Zahirkan rasa syukur ini. Basahi lidah kita, terangi hati kita dengan sentiasa menyebutkan Alhamdulillah, pada waktu senang dan waktu susah.

     

     

  • Kita terjemahkan syukur kita dengan perbanyakkan amalan-amalan baik, yang wajib dan yang sunnat. Kita malu dan insaf kepada Allah. Amalan-amalan kita tidak mampu membayar balik kurniaan Allah pada kita.

     

     

  • Kita beribadah kepada Allah dengan rasa rendah diri dan insaf meminta pertolongan dari Allah dalam kita mengharungi ujian ini. Ini dengan kita perbanyakkan amalan-amalan soleh dan kebaikan-kebaikan.