Khutbah Aidiladha: Pengorbanan Melahirkan Ketakwaan dan Keihsanan

Ibadah korban yang dilakukan saban tahun bertujuan mengukuhkan hati yang bertakwa dan berihsan.

Nilai keihsanan sepatutnya mendorong kita sebagai Muslim untuk bertindak mulai sekarang, bukan hanya mula bertindak apabila keburukan sudah berlaku.

Sebagai umat Islam yang mengaku dirinya khalifah di muka bumi ini. Kita perlu memelihara alam sekitar ini. Kita seharusnya berada di barisan hadapan dalam menyumbang kepada penyelesaian terhadap cabaran kewujudan ini.