Membuat Persiapan Untuk Hari Esok

Nyawa dan usia hanyalah pinjaman. Dengan waktu yang singkat ini kita diamanahkan  untuk mengurus kehidupan berpandukan ajaran agama. Dalam membuat persiapan untuk kehidupan hari esok yang tidak pasti, janganlah sampai kita lupa hari esok yang kita semua pasti akan temui – iaitu kematian dan hari akhirat yang kekal abadi.

Setiap hari yang berlalu bererti kita semakin hampir kepada penghujung usia. Namun, ramai manusia disibukkan dengan tuntutan duniawi, sehingga lupa untuk menyediakan bekalan bagi menghadapi kehidupan akhirat.