Kepentingan Mengamalkan Ajaran Islam Secara Keseluruhan

  • Allah (s.w.t) menitikberatkan ibadah bagi hamba-Nya demi menjaga hubungan kehambaan kepada-Nya. Akan tetapi, maksud ibadah itu begitu luas. Ibadah bukan hanya sekadar menjaga puasa, menjaga solat, menjaga zakat dan sebagainya. Akan tetapi ibadah bagi kita kaum muslimin adalah segala bentuk kebaikan. Ibadah merangkumi percakapan atau kelakuan kita, menuruti apa yang dicintai dan diredai Allah (s.w.t).

 

  • Keislaman kita, bukan hanya terbatas di masjid sahaja. Bukan hanya pada rupa dan pakaian sahaja. Akan tetapi, keislaman kita, seharusnya diterjemahkan pada kehidupan kita seharian. Bagaimana kita berjual beli, dengan penuh amanah. Pada hubungan kita dengan jiran tetangga. Pada akhlak dan pekerti.