Keyakinan dalam Kepayahan

Tiga kata kunci daripada peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah:

Pertama: Rasulullah s.a.w. merancang dengan teliti dan berusaha sebelum bertawakal kepada Allah s.w.t.

Kedua: Rasulullah s.a.w. dan para sahabat saling menyokong antara satu sama lain semasa perjalanan hijrah.

Ketiga: Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Tugas kita adalah berusaha dan memperbaiki kekurangan diri.