Ujian Mendatangkan Kemuliaan di Hari Kemudian

  • Apabila seorang Mukmin berada dalam kesusahan dan keperitan, dia tidak akan sesekali bersangka buruk terhadap Tuhan, ataupun merasakan bahawa Tuhan tidak bersamanya. Ini kerana dia meyakini bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Memelihara (Al-Wakil). Tuhan tidak akan biarkan kita bersendirian, selagimana kita sentiasa mengingati- Nya dan bersangka baik terhadap-Nya.

     

     

  • Setiap ujian dan cabaran yang kita lalui, yakinlah bahawa ia akan mendatangkan kemuliaan di hari kemudian. Ia turut akan menjadikan kita seorang insan yang lebih baik dari hari yang sebelumnya, lebih berdaya tahan dan bersabar.

     

     

  • Lihat sahaja keadaan yang kita hadapi sekarang ini. Ia telah mengajar kita untuk sentiasa berusaha mencari jalan keluar bagi setiap keadaan. Justeru itu, kita lebih menghargai masa dan kesempatan apabila kita dapat menghadiri ke masjid, mengambil berat tentang kesihatan fizikal dan mental, bersatu padu dalam membuat penyesuaian demi kesejahteraan masyarakat, menghargai petugas barisan hadapan, dan lain- lain lagi.