Kecemerlangan Seorang Muslim

  • Islam mengajar kita untuk terus mengejarkan kecemerlangan di dunia ini. Ia tidak hanya memberikan penumpuan kepada amal ibadah kita sahaja, lalu mengabaikan urusan-urusan dunia ini, bahkan ia mendidik kita untuk menjadi seorang Muslim yang terbaik dalam apa jua urusan ataupun kerjaya.

     

     

  • Dalam usaha kita menuju ke arah kecemerlangan, ia bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan dari sudut perkembangan intelektual, sains, ekonomi dan teknologi, bahkan yang lebih penting dan utama dari itu, ialah dari aspek kualiti rohani, budi pekerti yang tinggi, serta akhlak mulia dalam diri seseorang insan. Ini juga sejajar dengan ajaran Islam untuk berkelakuan baik bersama orang sekeliling kita.

     

     

  • Kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna ketika kita dapat menghulurkan sumbangan serta bantuan, demi memperbaiki kehidupan insan lain tanpa mengira latarbelakang, bangsa dan agama seseorang itu.