Sifat Mazmumah: Ananiah - Mementingkan diri sendiri

  • Di antara sifat mazmumah yang perlu kita jauhi adalah sifat ananiah. Ia mengakibatkan seseorang untuk hanya memikirkan kepentingan serta kemaslahatan dirinya sendiri sahaja tanpa mempedulikan orang lain.

     

     

  • Bagi menangani sifat ananiah ini, kita harus berusaha untuk memupuk sikap ‘ithar’ di dalam diri. Ithar bermaksud sikap mengutamakan keperluan orang melebihi dirinya sendiri. Dalam erti kata lain, seseorang yang berjiwa pemurah yang sentiasa menginginkan kebaikan bagi orang lain.

     

     

  • Inilah sikap yang perlu dimiliki setiap Muslim. Lebih-lebih lagi di dalam keadaan yang tidak menentu seperti sekarang ini. Sebagai contoh, ketika berbelanja, jangan kita biarkan sikap ingin memenuhi kepentingan diri sendiri secara melampau, mereka yang lebih memerlukan sesuatu barangan itu dinafikan.