Mendidik Keluarga Menuju ke Kejayaan

  • Didikan yang betul berdasarkan al-Quran dan Sunnah dapat membimbing keluarga kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Namun, apabila seseorang itu tidak menerima pendidikan yang secukupnya, ketika itu ia bukan sahaja bakal membawa kemudaratan kepada diri sendiri, bahkan kesannya bakal dirasai masyarakat.

     

     

  • Inilah sikap yang perlu dipupuk dalam diri kita untuk membina keluarga yang utuh. Sikap kebersamaan. Ini kerana kejayaan sesebuah keluarga bukanlah tanggungjawab seorang individu sahaja, tetapi ia juga peranan setiap ahli anggota keluarga untuk cuba memahami antara satu dengan yang lain.

     

     

  • Jalinkanlah hubungan yang baik bersama ahli keluarga dalam apa jua keadaan. Selain daripada usaha mendidik mereka dengan sebaik mungkin, ingatlah untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar ahli keluarga kita sentiasa menjadi penyejuk mata buat kita dan menjadikan mereka di kalangan orang-orang yang bertakwa.