Kisah Keimanan: Ibu Nabi Musa A.S.

  • Inilah ciri-ciri keimanan yang perlu ada dalam diri kita, apabila kita menghadapi ujian dan halangan, kita tidak akan hanya merungut menyalahkan segala ujian yang dihadapinya. Bahkan seorang mukmin, akan berusaha untuk mencari jalan keluar daripada ujian tersebut dan menyakini bahawa Allah s.w.t. pasti akan membantunya dalam mengatasi ujiannya.

     

     

  • Sungguhpun terpendam hasrat di dalam hati kita untuk bersemuka dan bersalaman dengan orang tua kita di rumah mereka. Namun kita berusaha untuk memenuhi sebahagian hasrat tersebut dengan kita bermaaf-maafan bersama orang tua kita melalui talian telefon atau secara online. Kita tidak hanya berdiam diri dengan hanya memendam perasaan sedih di rumah tanpa sebarang usaha.

     

     

  • Bersyukurlah di atas segala kurniaan Allah s.w.t. di sebalik ujian ini kerana Allah s.w.t. telah menjawab doa, rayuan dan kesungguhan kita. Alhamdulillah, tidak lama lagi tempoh pemutus litar akan berakhir. Akan tetapi perjuangan ini masih lagi belum berakhir. Kita perlu terus memainkan peranan untuk mengamalkan langkah- langkah keselamatan yang diperlukan bagi membendung wabak ini.