Membendung Amalan Pembaziran

Pembaziran tidak sepatutnya berada dalam kamus kehidupan seorang mukmin. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. mengingatkan seorang sahabat agar mengelakkan pembaziran, walaupun ketika berwuduk.

Untuk membendung pembaziran, kita harus mencontohi sunnah dalam penjagaan sumber alam, di samping melihat pemeliharaan alam sebagai tanda keimanan kepada Allah s.w.t.