Peranan Seorang Bapa Dalam Kehidupan Anak-Anak

  • Begitu juga dapat kita hayati pada kehidupan Nabi (s.a.w.) bersama anak-anak dan cucunya. Bagaimana Nabi (s.a.w.) walaupun dengan kesibukan sehariannya, sebagai utusan Allah, sebagai pemimpin masyarakat, sebagai imam, dan sebagainya. Baginda (s.a.w.) tetap memberi masa yang secukupnya untuk urusan ahli keluarga, serta meluangkan masa bersama anak-anaknya.

     

     

  • Untuk kita melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak. Sama ada dengan melakukan sesuatu projek atau beriadah bersama. Dari sudut spiritual, lakukan solat berjemaah bersama anak-anak di rumah atau ajak mereka ke masjid. Luangkan masa untuk membaca al-Quran bersama dan bincangkan maksud ayat yang dibaca.

     

     

  • Meningkatkan kesedaran melalui usaha mengetahui dan memahami cabaran kehidupan anak-anak dan perkembangan mereka. Seorang bapa yang prihatin akan selalu bertanya tentang perkembangan hidup anaknya. Dia tidak boleh hanya menyerahkan urusan hidup anaknya kepada pihak lain seperti sekolah atau isteri sahaja.