Memupuk Sifat Kepedulian

  • Sekiranya kita menghayati keseluruhan panduan agama, kita mendapati bahawa penjagaan segala jenis hubungan kemasyarakatan, merupakan satu dasar yang amat dititikberatkan agama ini. Padanya terkandung satu mesej, yang walaupun ringkas akan tetapi pada hemat saya, amat penting. Iaitu panduan agama ini agar setiap individu Mukmin untuk memupuk rasa peduli.

     

     

  • Peduli dengan keadaan ahli keluarga, peduli dengan jiran tetangga serta sekitaran, juga peduli akan keadaan masyarakat secara am. Kerana kesempurnaan iman itu tidak bergantung hanya pada hubungan seseorang itu dengan Allah (s.w.t.) semata-mata, bahkan Allah juga menilai bagaimana hubungannya dengan insan lain, termasuk jiran tetangga dan masyarakat di sekitarnya.

     

     

  • Segala penyesuaian yang kita lakukan tersebut telah menyuburkan dalam jiwa kita sifat kepedulian sesama kita. Sifat yang sentiasa menginginkan kebaikan serta kemanfaatan bagi insan lain. Sifat yang perlu kita pastikan ia sentiasa mekar dalam jiwa.