Keperibadian Rasulullah s.a.w. dalam Menjaga Lisan

  • Di antara nikmat yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepada hamba- hambaNya adalah nikmat lisan. Lisan menghasilkan kemampuan untuk berkomunikasi dengan mudah dan jelas.

     

     

  • Allah s.w.t. mengurniakan kemampuan untuk berkomunikasi kepada setiap manusia tanpa mengira latarbelakang adat, budaya, bahasa dan kemampuan. Bahkan golongan yang kurang daya pendengaran turut dikurniakan ilmu bahasa isyarat, agar mereka dapat berkomunikasi.

     

     

  • Melalui nikmat yang satu ini, banyak sekali keperluan dan hajat kita sebagai insan dapat dipenuhi.